COGAN KATA SEKOLAH

Sekolah ini telah memilih BERUSAHA BERJAYA sebagai cogankata

BERUSAHA
     Guru dan murid dimestikan sentiasa mengutamakan uasaha mereka dalam segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Usaha kami adalah sentiasa ke arah membentuk murid-murid agar menjadi insan yang sempurna dan seimbang perkembangan dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek(JERI)
    Hanya dengan adanya usaha yang bersungguh-sungguh, maka sesuatu hasil yang baik kelak akan dikecapi. Tanpa usaha kedua-dua pihak ini dan kurangnya usaha ibu bapa dan PIBG maka langkah kita akan sumbang. Oleh yang demikian , usaha semua pihak ini jangan sekali di nafikan.
BERJAYA
    Impian murni yang sentiasa di harapkan oleh sekolah ini  agar murid-muridnya menjadi insan yang berjaya dalam segala bidang kejayaan yang diimpikan adalah meliputi sejak dari bangku sekolah hinggalah ke alam remaja dan dewasa. Berjaya dari segi rohani dan jasmani agar mereka berupaya menempuh cabaran hidup di hari muka.

    Kejayaan yang dikejarinya itu seharusnya menjadi contoh teladan yang baik kepada semua generasi akan datang khususnya dalam persekitaran kampung Tanjong Bidara ini.
menu
[Sejarah | Pengasas | Carta Organisasi | Senarai Staff Guru Besar | Logo | Cogankata | Bendera| Lagu | Penghargaan]